APA ITU BALANCE SHEET DALAM MEMAHAMI KEWANGAN BISNES ?

Dari 100 orang bisnes yang mengambil coaching dan mentoring kewangan, 90% dari mereka tidak faham apa yang ada di dalam laporan kewangan. Mereka tidak tahu apa yang dinamakan Balance Sheet.

Dalam laporan kewangan, ada bahagian yang disebut balance sheet.

Balance sheet memberi maklumat berkenaan 2 perkara ini:

1. Aset atau harta-harta yang dimiliki oleh syarikat kita.

Lebih kurang, balance sheet memberitahu bahawa syarikat kita kaya, banyak harta, tetapi orang luar tidak tahu hal itu, jadi mereka sangka syarikat kita miskin.

2. Semua perkara yang ditanggung oleh syarikat kita, istilahnya liabiliti.

Lebih kurang, balance sheet memberitahu ada masanya sekali pandang orang tengok syarikat kita macam kaya betul disebabkan kita sendiri sebagai pemilik syarikat hidup dengan life-style orang kaya, rupa-rupanya itu semua indah khabar dari rupa!

Dalam dokumen balance sheet akan ditunjukkan maklumat ini:

1. Nilai dan senarai semua aset yang dimiliki oleh syarikat.

Aset adalah apa-apa sahaja yang berguna dan mempunyai nilai.

Ciri-ciri sesuatu yang disebut sebagai aset:

i. Benda itu dapat dijual.

ii. Benda itu dapat digunakan bagi mengeluarkan produk yang kemudian dapat dijual, ataupun dapat digunakan untuk membuat servis dan servis itu dapat dijual, lalu menghasilkan duit.

Aset-aset syarikat dikategorikan ke dalam 2 jenis:

i. Aset semasa, iaitu aset yang dapat dicairkan menjadi duit tunai dalam masa 1 tahun.

Contohnya, stok-stok barang di dalam setor kita yang dapat dijual cepat, hutang-hutang dari klien yang dapat ditagih cepat.

ii. Aset jangka masa panjang, iaitu aset yang sukar dicairkan menjadi duit tunai dalam masa 1 tahun.

Contohnya, tanah tapak kilang, bangunan kilang, rumah kedai, bangunan pejabat, jentera berat, mesin-mesin, kenderaan logistik, dan perabot.

Termasuk dalam aset adalah wang tunai, cap dagangan, paten, harta intelek, brand, nama baik, dan pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh syarikat.

2. Nilai semua liabiliti atau tanggungan syarikat.

Yang disebut sebagai liabiliti adalah semua duit yang perlu dibayar oleh syarikat kepada pihak-pihak lain.

Ada 2 kategori liabiliti:

i. Tanggungan Semasa

Ini adalah bil-bil, dan hutang-hutang yang perlu dibayar dalam masa 1 tahun, seperti sewa premis, hutang-hutang kepada pembekal, bil-bil utiliti, gaji pekerja, elaun pekerja, cukai-cukai seperti cukai keuntungan syarikat, cukai pintu, cukai jalan kenderaan, zakat dll.

ii. Tanggungan jangka masa panjang.

Contoh liabiliti jenis ini adalah hutang-hutang bank yang dibuat bagi membiayai aktiviti bisnes, dan caruman KWSP dll. Hutang dan bayaran jenis ini mengambil masa bertahun-tahun membayarnya.

3. Nilai ekuiti syarikat.

Ekuiti pemegang saham juga disebut sebagai modal atau net worth. Ia adalah duit yang berbaki seandainya syarikat itu menjual semua asetnya dan membayar semua hutang-hutang dan tanggungannya. Jadi, duit baki itu menjadi milik para pemegang saham syarikat itu.

Nilai aset syarikat mesti sama atau seimbang dengan nilai liabiliti syarikat. Itu sebab ia dipanggil balance sheet.

Jadi, sesiapa yang nak tahu apakah syarikat kita benar-benar kaya ataupun cuma dipandang macam kaya, dia kena tengok balance sheet dalam laporan kewangan syarikat kita.

Laporan balance sheet sangat berguna. Berdasarkan maklumat dalam balance sheet itu kita boleh membuat keputusan bisnes yang akan melibatkan perbelanjaan tambahan bagi mengembangkan bisnes, dan dalam menguruskan hutang-hutang syarikat.

Laporan balance sheet juga memberi gambaran tahap kecairan bisnes kita. Dalam laporan itu kita boleh tahu secepat mana kita dapat cairkan aset-aset syarikat menjadi wang tunai bagi membiayai pertumbuhan bisnes dengan tidak perlu menambah pinjaman bank.

Pelabur dan bank-bank mahu tengok balance sheet bisnes kita. Mereka gunakan maklumat dalam laporan itu bagi menilai risiko yang akan diambil.

Satu lagi kegunaan balance sheet adalah sekiranya kita mahu menjual syarikat kita. Balance sheet menggambarkan nilai bersih syarikat kita. Dari situ bakal pembeli akan menilai harga yang mereka sanggup bayar.

Belajarlah bagaimana mahu mengurus kewangan bisnes anda dengan baik bersama Panduan VIP KEWANGAN.

Panduan ini di datangkan dalam bentuk video yang mudah diakses pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Ianya adalah panduan praktikal untuk anda terus buat dan susun kewangan bisnes anda hari ini.

Dapatkan di sini : https://sekolahbisnes.com/sp/vip-kewangan/ref/40/

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?