Mengapa Ramai Majikan Menyesal Selepas Mengambil Pekerja Baharu?

Mengapa Ramai Majikan Menyesal Selepas Mengambil Pekerja Baharu?

Ramai pemilik bisnes menyangka cabaran paling besar ialah mencari pekerja.

Sebenarnya tidak.

Cabaran yang lebih besar ialah memastikan pekerja yang diambil benar-benar sesuai dengan syarikat.

Ramai majikan pernah melalui situasi ini.

Semasa interview, calon kelihatan sangat meyakinkan.

Cara bercakap baik.

Pengalaman kerja nampak menarik.

Keyakinan tinggi.

Malah ada yang sanggup mula bekerja dengan segera.

Tetapi selepas seminggu atau sebulan bekerja, keadaan mula berubah.

Datang lewat.

Tidak boleh menerima arahan.

Prestasi jauh daripada apa yang dijanjikan semasa interview.

Ada yang mula banyak memberi alasan.

Ada juga yang berhenti secara tiba-tiba tanpa sebarang perancangan.

Ketika itu barulah majikan sedar bahawa mereka telah membuat keputusan yang salah.

Malangnya, pada ketika itu kos sudah pun berlaku.

Gaji sudah dibayar.

Caruman EPF dan SOCSO sudah dibuat.

Masa digunakan untuk melatih pekerja.

Staff lain pula terpaksa mengajar pekerja baharu sehingga kerja mereka sendiri terganggu.

Jika pekerja tersebut berurusan dengan pelanggan, kesilapan yang dilakukan juga boleh menjejaskan imej syarikat.

Semua ini berlaku hanya kerana satu keputusan yang dibuat terlalu cepat.

Persoalannya, bagaimana hendak mengurangkan risiko ini?

Jika tuan puan sedang berdepan situasi seperti ini, kami telah menyediakan Panduan Ambil & Buang Pekerja Toksik. yang menghimpunkan langkah demi langkah bagaimana memilih calon yang lebih sesuai, menjalankan interview dengan lebih berkesan dan mengurangkan risiko tersalah mengambil pekerja.

Maklumat lanjut boleh dilihat di sini:

Mengapa Perkara Ini Berlaku?

Ramai majikan masih bergantung kepada naluri ketika memilih pekerja.

Kalau calon pandai bercakap, mereka nampak yakin.

Kalau calon kelihatan sopan, mereka dianggap sesuai.

Kalau calon mempunyai pengalaman, mereka terus diberikan peluang.

Hakikatnya, perkara yang paling sukar dinilai semasa interview bukanlah pengalaman.

Tetapi sikap.

Sikap bekerja.

Tahap disiplin.

Kesungguhan.

Kejujuran.

Keserasian dengan budaya syarikat.

Semua ini tidak boleh dinilai hanya dengan beberapa soalan biasa seperti:

“Perkenalkan diri.”

“Kenapa berhenti kerja sebelum ini?”

“Apakah kelebihan awak?”

Soalan seperti ini sudah terlalu biasa sehingga ramai calon telah bersedia dengan jawapan yang meyakinkan.

Akibatnya, majikan hanya melihat versi terbaik seseorang selama 30 atau 40 minit, sedangkan mereka akan bekerja bersama pekerja itu selama bertahun-tahun.

Apa Yang Patut Majikan Lakukan?

Sebelum menawarkan kerja kepada mana-mana calon, pastikan proses pemilihan dibuat secara lebih sistematik.

Jangan hanya menilai pengalaman kerja.

Nilai juga sikap, cara calon menyelesaikan masalah, kebolehan menerima teguran dan keserasian dengan keperluan syarikat.

Gunakan soalan interview yang betul.

Lakukan semakan latar belakang jika perlu.

Jangan tergesa-gesa membuat keputusan hanya kerana operasi sedang memerlukan pekerja.

Kadangkala menunggu beberapa hari untuk calon yang lebih sesuai jauh lebih murah berbanding menanggung kos pekerja yang salah selama beberapa bulan.

Penutup

Ramai majikan sebenarnya tidak rugi kerana kekurangan pekerja.

Mereka rugi kerana mengambil pekerja yang salah.

Satu keputusan yang salah semasa proses pengambilan boleh menyebabkan syarikat kehilangan masa, wang dan tenaga yang jauh lebih besar daripada kos mencari calon baharu.

Jika tuan puan mahu membina proses pengambilan pekerja yang lebih tersusun, memahami teknik interview yang lebih berkesan serta mengurus proses pengambilan dan penamatan pekerja dengan lebih yakin, kami jemput tuan puan melihat Panduan Ambil & Buang Pekerja Toksik.

Maklumat lanjut boleh didapati di:

Kerana dalam dunia bisnes, mengambil pekerja yang betul bukan sekadar mengisi kekosongan jawatan.

Ia adalah keputusan yang boleh menentukan sama ada syarikat terus berkembang atau terus mengulangi masalah yang sama.