Asas Copywriting
- Ayat ditulis tentang produk, bukan pembeli
- Headline tak menahan perhatian
- Tulisan panjang tapi tak dibaca
- Tiada struktur, hanya mengarang
23 kursus pendek Sekolah Bisnes tentang menulis, membuat content dan menghasilkan video untuk bisnes — dari prinsip asas ayat iklan sehingga merakam video dengan telefon sendiri — disusun ikut 5 tahap. Setiap satu dijual berasingan.
“Saya tulis panjang lebar tentang produk. Yang komen cuma kawan-kawan sendiri.”Ayat tentang produk, bukan tentang pembeli
“Video saya nampak amatur. Tapi saya tak mampu upah videografer.”Alat ada, teknik tiada
“Setiap kali nak posting saya terkedu. Tak tahu nak tulis apa hari ini.”Tiada bekalan idea
“Poster saya nampak sesak. Semua benda nak masuk sekali.”Design tanpa susunan
Kalau baris pertama gagal menahan mata pembaca, ayat kedua sampai kesepuluh tak akan dibaca langsung. Itulah sebab teknik menulis headline diajar sebelum semua yang lain.
Content yang menarik perhatian, content yang membina kepercayaan, dan content yang meminta orang membeli. Kebanyakan bisnes hanya menghasilkan jenis ketiga, lalu hairan kenapa tiada siapa peduli.
Tak perlu jadi penulis. Setiap kursus di bawah menyelesaikan satu bahagian — idea, ayat, video atau design — dijual berasingan dan boleh terus dipakai pada posting esok.
Prinsip yang menentukan sama ada ayat tuan puan dibaca atau diskrol. Murah, pendek, dan asas kepada semua tahap selepas ini.
Beza antara ayat yang dibaca dan ayat yang membuat orang menekan butang beli. Terus ke Tahap 2.
Kursus bertanda Mula di sini ialah pilihan kami untuk tahap itu. Selebihnya menambah kedalaman — ambil bila masalah itu muncul. Tekan Info kursus untuk butiran penuh tanpa meninggalkan halaman ini.
Untuk yang baru mula menulis untuk bisnes. Prinsip asas, komponen ayat iklan, cara menulis headline, dan sebab ayat yang sedang tuan puan guna sekarang tak memberi kesan.







Untuk yang dah selesa menulis tetapi tulisan itu belum membawa jualan. Struktur ayat yang menutup jualan, storytelling, dan copywriting khusus untuk media sosial.





Untuk yang terkedu setiap kali mahu posting. Cara menghasilkan bekalan idea yang tak habis, dan menyusunnya supaya content keluar konsisten tanpa bergantung pada mood.
Untuk yang mahu mula membuat video tanpa membeli peralatan mahal. Merancang, merakam dan menyunting menggunakan telefon yang ada dalam poket tuan puan sekarang.





Untuk yang menghasilkan poster sendiri. Susunan visual yang senang dibaca, cara menggunakan Canva dengan pantas, dan peranan sebenar logo dalam bisnes kecil.



Kalau tuan puan belum pernah belajar prinsip menulis iklan, mula di Tahap 1 — RM30 sudah cukup untuk ubah cara tuan puan menulis posting. Kalau masalahnya kehabisan idea, mula di Tahap 3.
Semua kursus dalam senarai ini ialah kursus tunggal — setiap satu dibeli dan diakses berasingan dalam akaun Sekolah Bisnes tuan puan. Harga dan senarai dikemas kini secara automatik daripada kedai.