
Pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 membawa perubahan penting untuk majikan di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Sabah dan Sarawak mempunyai ordinan buruh berasingan. Ringkasan ini disemak pada 17 September 2026.
Berikut adalah 13 perkara yang penting untuk diketahui oleh majikan berkaitan dengan pindaan Akta Kerja 1955.
1. Waktu Kerja Biasa 45 Jam Seminggu
Waktu kerja biasa dikurangkan kepada 45 jam seminggu. Kerja lebih masa mempunyai peraturan berasingan; jangan anggap angka ini menerangkan semua keadaan kerja.
Ini bertujuan untuk memastikan pekerja mempunyai keseimbangan kerja-hidup yang sihat.
2. Cuti Bersalin Selama 98 Hari
Pekerja wanita berhak mendapatkan cuti bersalin selama 98 hari. Ini adalah peningkatan signifikan berbanding dengan peraturan sebelumnya dan menjadi berita gembira bagi pekerja wanita yang baru berkahwin.
3. Pembayaran Upah Melalui Institusi Kewangan
Pembayaran melalui cek atau tunai memerlukan permintaan bertulis pekerja dan kebenaran Ketua Pengarah JTKSM. Ia bukan pilihan automatik yang sama dengan pembayaran melalui institusi kewangan.
4. Tempoh Perantisan Antara 6 Hingga 24 Bulan
Tempoh perantisan bagi pekerja sekarang minimum 6 bulan dan maksimum 24 bulan, memberikan lebih banyak peluang untuk pembelajaran dan pengembangan pekerja.
Ini memang berita gembira dalam Akta Kerja 1955 bagi majikan untuk menambah bakat baru dalam syarikat mereka.
5. Liputan Akta dan Had Gaji Untuk Faedah Tertentu
Liputan Akta Kerja diperluas tanpa had gaji. Namun, kelayakan beberapa bayaran berbeza bagi pekerja bergaji melebihi RM4,000, dengan pengecualian kategori tertentu seperti pekerja manual.
Semak kelayakan kerja lebih masa, hari rehat, hari kelepasan am dan faedah penamatan mengikut kategori pekerja. Jangan menyamakan liputan akta dengan kelayakan setiap faedah.
6. Larangan Penamatan Kerja Wanita Hamil
Pindaan ini menguatkuasakan larangan penamatan kerja terhadap pekerja wanita hamil, kecuali dalam tiga keadaan tertentu yang telah ditentukan oleh undang-undang.
7. Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi Diasingkan
Cuti sakit dan cuti hospitalisasi kini dibezakan, dengan tanggungjawab majikan yang lebih jelas dalam memberikan manfaat yang berbeza untuk kedua-dua jenis cuti ini.
8. Cuti Paterniti Selama 7 Hari
Cuti paterniti berbayar ialah tujuh hari berturut-turut bagi pekerja yang memenuhi syarat. Hadnya lima kali kelahiran, bukan lima orang anak. Semak syarat tempoh perkhidmatan dan pemberitahuan majikan dalam rujukan JTKSM.
9. Pengiraan Gaji Bagi Bulan Tidak Lengkap
Formula baharu ini berkaitan bulan bekerja yang tidak lengkap, seperti mula atau tamat kerja pada pertengahan bulan dan cuti tanpa gaji. Ia tidak menggantikan semua formula gaji atau kerja lebih masa.
10. Peningkatan Penalti Am
Penalti am dalam kesalahan yang melibatkan Akta Kerja 1955 telah dinaikkan, dengan had maksimum denda yang meningkat dari RM10,000 kepada RM50,000.
11. Aturan Kerja Fleksibel
Majikan perlu memberi jawapan munasabah dalam masa 60 hari jika pekerja memohon waktu kerja fleksibel.
Ini memberi pekerja lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kehidupan peribadi mereka.
12. Notis Kesedaran Gangguan Seksual
Majikan wajib mempamer notis kesedaran gangguan seksual di tempat kerja, yang bertujuan untuk menggalakkan persefahaman dan pencegahan gangguan seksual dalam organisasi. Ini antara kemaskini dalam Akta Kerja 1955 yang sangat penting.
13. Takrifan Majikan dan Pekerja
Jika tiada surat tawaran pekerjaan (offer letter), takrifan majikan dan pekerja akan digunakan untuk menentukan hak dan tanggungjawab masing-masing.
Penting bagi majikan untuk memahami dan mematuhi pindaan terkini ini untuk memastikan kepatuhan undang-undang dan memberi perlindungan yang sesuai kepada pekerja.
Kegagalan mematuhi peraturan baru ini boleh menyebabkan komplikasi undang-undang dan risiko kepada reputasi syarikat. Sangat buruk padah yang bakal menimpa majikan.
Panduan Untuk Langkah Seterusnya
Pilih panduan mengikut masalah yang sedang kita selesaikan. Rujuk Sumber Manusia (HR) & Akta Pekerja untuk melihat topik dan latihan yang berkaitan, kemudian gunakan pada satu tindakan yang boleh dinilai hasilnya.
Rujuk penerangan rasmi JTKSM tentang pindaan Akta Kerja untuk syarat dan contoh. Bagi keputusan melibatkan pekerja tertentu, semak peruntukan yang berkenaan dan dapatkan nasihat JTKSM atau peguam.
