13 Pindaan Akta Pekerja 1955 (Terbaru)

13 Pindaan Akta Pekerja 1955 (Terbaru)

Pindaan terbaru kepada Akta Pekerja 1955, yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023, telah membawa beberapa perubahan penting dalam undang-undang pekerjaan Malaysia. Majikan perlu memahami dan mematuhi peraturan baru ini.

Berikut adalah 13 perkara yang penting untuk diketahui oleh majikan berkaitan dengan pindaan Akta Pekerja 1955.

1. Waktu Bekerja Maksimum 45 Jam Seminggu

Pindaan terbaru menetapkan bahawa pekerja hanya boleh bekerja maksimum 45 jam dalam seminggu.

Ini bertujuan untuk memastikan pekerja mempunyai keseimbangan kerja-hidup yang sihat.

2. Cuti Bersalin Selama 98 Hari

Pekerja wanita berhak mendapatkan cuti bersalin selama 98 hari. Ini adalah peningkatan signifikan berbanding dengan peraturan sebelumnya dan menjadi berita gembira bagi pekerja wanita yang baru berkahwin.

3. Pembayaran Upah Melalui Akaun Bank atau Cek

Majikan perlu membayar upah pekerja melalui akaun bank atau cek sebagai langkah untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan proses pembayaran.

4. Tempoh Perantisan Antara 6 Hingga 24 Bulan

Tempoh perantisan bagi pekerja sekarang minimum 6 bulan dan maksimum 24 bulan, memberikan lebih banyak peluang untuk pembelajaran dan pengembangan pekerja.

Ini memang berita gembira dalam Akta Pekerja 1955 bagi majikan untuk menambah bakat baru dalam syarikat mereka.

5. Gaji RM4000 dan Ke Bawah Termasuk dalam Akta Kerja

Pekerja yang menerima gaji RM4000 dan ke bawah akan termasuk dalam perlindungan Akta Kerja.

Ini termasuk bayaran kerja lebih masa, kerja pada hari rehat, kerja pada cuti am, elaun syif, dan faedah penamatan kerja.

6. Larangan Penamatan Kerja Wanita Hamil

Pindaan ini menguatkuasakan larangan penamatan kerja terhadap pekerja wanita hamil, kecuali dalam tiga keadaan tertentu yang telah ditentukan oleh undang-undang.

7. Cukit Sakit dan Cuti Hospitalisasi Diasingkan

Cuti sakit dan cuti hospitalisasi kini dibezakan, dengan tanggungjawab majikan yang lebih jelas dalam memberikan manfaat yang berbeza untuk kedua-dua jenis cuti ini.

8. Cuti Paterniti Selama 7 Hari

Pekerja lelaki berhak mendapatkan cuti paterniti selama 7 hari berturut-turut dan ia terhad kepada 5 anak. Ini mungkin berita gembira dalam kemaskini Akta Pekerja 1955.

9. Pengiraan Gaji Bulanan

Pengiraan gaji tidak lagi berdasarkan 26 hari sebulan. Ia kini akan berdasarkan jumlah sebenar hari dalam bulan tersebut.

10. Penaikkan Penalti Am

Penalti am dalam kesalahan yang melibatkan Akta Pekerja 1955 telah dinaikkan, dengan had maksimum denda yang meningkat dari RM10,000 kepada RM50,000.

11. Aturan Kerja Fleksibel

Majikan perlu memberi jawapan munasabah dalam masa 60 hari jika pekerja memohon waktu kerja fleksibel.

Ini memberi pekerja lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kehidupan peribadi mereka.

12. Notis Kesedaran Gangguan Seksual

Majikan wajib mempamer notis kesedaran gangguan seksual di tempat kerja, yang bertujuan untuk menggalakkan persefahaman dan pencegahan gangguan seksual dalam organisasi. Ini antara kemaskini dalam Akta Pekerja 1955 yang sangat penting.

13. Takrifan Majikan dan Pekerja

Jika tiada surat tawaran pekerjaan (offer letter), takrifan majikan dan pekerja akan digunakan untuk menentukan hak dan tanggungjawab masing-masing.

Penting bagi majikan untuk memahami dan mematuhi pindaan terkini ini untuk memastikan kepatuhan undang-undang dan memberi perlindungan yang sesuai kepada pekerja.

Kegagalan mematuhi peraturan baru ini boleh menyebabkan komplikasi undang-undang dan risiko kepada reputasi syarikat. Sangat buruk padah yang bakal menimpa majikan.

Mahukah Tuan Belajar Cara Mengambil Pekerja Berkualiti & Membuang Pekerja Toksik?

Panduan Mengambil Pekerja Berkualiti & Membuang Pekerja Toksik

Dalam panduan ini, anda akan belajar cara-cara mengambil pekerja yang betul agar dapat pekerja yang berkualiti dan cara membuang pekerja yang bermasalah dan toksik dalam syarikat.

Panduan ini dihasilkan bersama partner kami, HR Duo Biz. Trainer berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang HR akan membimbing anda.

4 Panduan & 49 Topik Video Yang Anda Akan Belajar:

Panduan 1: 19 Topik Langkah Demi Langkah Ambil Pekerja
Panduan 2: 4 Topik Manfaat Socso Dalam Belanjawan 2023
Panduan 3: 10 Topik Cara Memberhentikan Pekerja
Panduan 4: 16 Topik Cara Mengambil Tindakan Disiplin

Klik butang di bawah:

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?