Puan Maziah Mohd Som, Co-Founder ABS HR Capital Sdn Bhd merupakan seorang konsultan pengurusan HR dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang Sumber Manusia.
Beliau adalah lulusan MBA dari Cardiff Metropolitan University, UK, serta memiliki Diploma in Personnel Management dari Malaysian Institute of Human Resource (MIHRM).
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua HR & Pentadbiran di Kumpulan Jakel, Ketua Korporat HR di Symphony Group of Companies membentuk kepakaran beliau dalam strategi pengurusan tenaga kerja, pematuhan undang-undang, serta pembangunan organisasi.
Kini, melalui ABS HR Capital, beliau membantu syarikat dalam membangunkan sistem HR yang lebih sistematik, efektif, dan patuh kepada peraturan tenaga kerja, memastikan perniagaan dapat berkembang dengan pasukan yang lebih kukuh dan berdaya saing.