
Ramai Owner Tak Sedar Mereka Sendiri Yang Mengajar Staff Menjadi Manja
Ini benda yang ramai owner susah nak terima.
Tetapi dalam banyak organisasi, staff jadi manja bukan berlaku sendiri. Management sendiri yang bentuk budaya tu perlahan-lahan.
Mula-mula owner terlalu baik.
Staff lambat datang, tak apa.
Staff tak siap kerja, tak apa.
Staff buat silap berulang kali, masih tak apa.
Staff tak ikut SOP, masih boleh bincang lagi.
Owner rasa dia sedang menjadi boss yang memahami.
Padahal sebenarnya dia sedang mengajar staff satu benda yang sangat bahaya.
Iaitu dalam company ni, standard boleh dirunding.
Bila benda ni berlaku lama-lama, staff mula berubah perangai.
Mereka mula test limit management.
Hari ni lambat 10 minit.
Esok lambat 20 minit.
Lepas tu MC pelik-pelik mula keluar.
Lepas tu alasan mula macam-macam.
Dan paling bahaya bila management mula penat nak menegur.
Sebab bila benda salah terlalu lama dibiarkan, akhirnya benda salah tu nampak macam normal dalam organisasi.
Lepas tu owner mula pelik.
“Kenapa staff makin tak makan saman?”
“Kenapa semua kena suruh?”
“Kenapa staff makin selesa?”
Sebab organization kita sendiri yang ajar mereka jadi begitu.
Kita sendiri yang terlalu banyak bertolak ansur pada benda yang sepatutnya dari awal lagi kena jaga.
Ramai owner tak sedar satu benda.
Staff sebenarnya melihat apa yang management tolerate setiap hari.
Kalau management tolerate lewat, budaya lewat akan hidup.
Kalau management tolerate alasan, budaya alasan akan membesar.
Kalau management tolerate kerja sambil lewa, nanti organization penuh dengan manusia yang kerja sekadar cukup makan.
Dan bila budaya manja ni dah besar dalam company, benda ni susah nak reverse balik.
Sebab staff dah terbiasa.
Bila kita mula tegas semula, tiba-tiba kita pula nampak jahat.
Tiba-tiba staff kata management berubah.
Management garang.
Management pressure.
Padahal selama ni organization cuma terlalu lama hidup tanpa proper boundary.
Sebab itu dalam management, terlalu baik tanpa discipline sebenarnya bukan kindness. Itu kelemahan leadership.
Dan ramai owner tak sedar…
bila kita terlalu melindungi staff daripada consequence kerja mereka, kita sebenarnya sedang rosakkan mentaliti mereka perlahan-lahan.
Sampai satu tahap, staff jadi manusia yang sentiasa perlukan excuse, sentiasa perlukan simpati dan sentiasa rasa semua benda kena faham keadaan mereka.
Tetapi dunia bisnes tak bergerak atas simpati semata-mata.
Operation tetap kena jalan.
Customer tetap nak service.
Company tetap nak survive.
Dan organisasi yang terlalu banyak bermain emosi biasanya akan penat sendiri pada masa depan.
