Asas & Mindset Duit Bisnes
- Tak pasti bisnes untung atau rugi
- Duit syarikat dan duit peribadi bercampur
- Tak tahu cara baca penyata sendiri
- Semua urusan guna satu akaun bank sahaja
55 kursus pendek Sekolah Bisnes tentang duit bisnes — kos, rekod, aliran tunai, cukai dan struktur syarikat — disusun ikut 6 tahap. Setiap satu dijual berasingan. Ambil yang tuan puan perlukan minggu ini, bukan setahun kursus yang tak sempat habis.
“Bulan ini jualan RM40 ribu. Hujung bulan nak bayar gaji pun kena tangguh dulu.”Jualan bukan untung
“Resit semua dalam kotak. Bila akauntan minta, saya cari sampai pukul tiga pagi.”Rekod tiada, kos naik
“Harga saya letak ikut pesaing. Kos sebenar satu produk? Saya tak pernah kira.”Harga diteka, untung bocor
“Setiap musim cukai saya cuak. Bukan sebab menipu — sebab saya tak tahu apa yang betul.”Cukai jadi hantu tahunan
Kos sebenar seunit, untung kasar, dan berapa lama duit tunai boleh bertahan kalau jualan berhenti hari ini. Tanpa tiga angka ini, setiap keputusan bisnes hanyalah tekaan yang mahal.
Perbelanjaan tanpa dokumen tidak boleh ditolak cukai. Setiap resit yang tercicir bermakna tuan puan membayar dua kali — sekali kepada pembekal, sekali lagi kepada LHDN.
Tak perlu kursus perakaunan setahun. Setiap kursus di bawah menyelesaikan satu masalah, dijual berasingan, dan boleh terus dipakai pada akaun bisnes tuan puan minggu ini.
Bermula dari kosong: apa itu untung, apa itu tunai, dan kenapa dua benda ini bukan benda yang sama. Selepas ini, ikut Tahap 1 hingga 3 mengikut urutan.
Untung nampak elok atas kertas tetapi akaun bank tetap kosong hujung bulan. Selalunya bukan jualan yang kurang — ada kebocoran yang tak dikesan. Terus ke Tahap 4.
Kursus bertanda Mula di sini ialah pilihan kami untuk tahap itu. Selebihnya menambah kedalaman — ambil bila masalah itu muncul. Tekan Info kursus untuk butiran penuh tanpa meninggalkan halaman ini.
Untuk owner yang belum pernah duduk membaca angka sendiri. Habis tahap ini, tuan puan boleh jawab satu soalan dengan yakin: bisnes ini untung atau rugi bulan lepas, dan berapa?








Untuk yang meletakkan harga ikut rasa dan ikut pesaing. Tahap ini mengajar kira kos sebenar dahulu, supaya setiap jualan betul-betul membawa untung dan bukan menambah kerja.





Untuk yang resitnya masih dalam kotak dan bekas kasut. Sistem fail, invois, e-Invois dan SOP kewangan yang boleh diserahkan kepada staf tanpa tuan puan perlu pantau setiap hari.










Untuk yang untung atas kertas tetapi sesak hujung bulan. Merancang duit masuk dan keluar, mengurus stok dan hutang pelanggan, serta bersedia untuk musim yang memang sentiasa ketat.
Untuk yang cuak setiap kali musim cukai. Borang yang betul, rekod yang layak ditolak, dan cara mengurangkan cukai dengan jalan yang dibenarkan — bukan dengan menyembunyikan.











Untuk yang sudah stabil dan mahu kembang. Enterprise atau Sdn Bhd, membeli aset atas nama syarikat, menyediakan bajet tahunan dan menutup tahun tanpa kelam-kabut.










Kalau tuan puan tak dapat jawab “bisnes saya untung berapa bulan lepas” dalam masa 30 saat, mula di Tahap 1. Kalau boleh jawab tetapi duit tetap sesak, masalahnya aliran tunai — mula di Tahap 4.
Semua kursus dalam senarai ini ialah kursus tunggal — setiap satu dibeli dan diakses berasingan dalam akaun Sekolah Bisnes tuan puan. Harga dan senarai dikemas kini secara automatik daripada kedai. Kandungan bersifat panduan pengurusan; untuk keputusan cukai atau perakaunan yang khusus, rujuk juruaudit atau ejen cukai tuan puan.