Asas Menjadi Majikan
- Tak tahu tanggungjawab asas seorang majikan
- Caruman KWSP dan SOCSO ikut suka
- Ingat Akta hanya untuk syarikat besar
- Tiada fail peribadi untuk setiap pekerja
23 kursus pendek Sekolah Bisnes tentang mengurus pekerja — dari surat tawaran sehingga tamat perkhidmatan — disusun ikut 5 tahap mengikut Akta Kerja. Setiap satu dijual berasingan dan boleh terus dipakai pada staf yang ada sekarang.
“Saya berhentikan staf yang memang bersalah. Tiga bulan kemudian saya dapat surat dari Jabatan Tenaga Kerja.”Betul pada niat, salah pada prosedur
“Staf datang lambat setiap hari. Saya dah tegur berkali-kali — tapi tiada satu pun bertulis.”Tiada rekod, tiada tindakan
“Kontrak kerja saya salin dari internet. Tak pernah semak ikut Akta atau tidak.”Dokumen tanpa kekuatan
“Gaji saya kira ikut hari bekerja sahaja. Formula dalam Akta itu saya tak pernah guna.”Pengiraan gaji terdedah kepada tuntutan
Akta Kerja terpakai kepada majikan, bukan hanya syarikat besar. Ia menetapkan cara mengambil, membayar, mendisiplin dan memberhentikan pekerja — sama ada tuan puan tahu atau tidak.
Kontrak perkhidmatan yang sah, dan rekod amaran bertulis. Dua dokumen ini yang paling kerap menentukan siapa menang apabila sesuatu kes dicabar.
Tak perlu kursus HR penuh sebelum boleh bertindak. Setiap kursus di bawah menyelesaikan satu situasi sebenar — temuduga, surat tawaran, disiplin, gaji, atau tamat perkhidmatan.
Apa yang wajib, apa yang pilihan, dan di mana majikan kecil paling kerap tersilap. Selepas ini, ikut Tahap 2 sebelum tuan puan tandatangan apa-apa dokumen dengan staf baru.
Sebelum memberhentikan sesiapa, prosedur disiplin kena betul dahulu — amaran, siasatan dan rekod. Langkah pertama bermula di Tahap 4, bukan Tahap 5.
Kursus bertanda Mula di sini ialah pilihan kami untuk tahap itu. Selebihnya menambah kedalaman — ambil bila masalah itu muncul. Tekan Info kursus untuk butiran penuh tanpa meninggalkan halaman ini.
Untuk yang baru mengambil pekerja pertama, atau sudah lama mengambil tetapi tak pernah menyemak tanggungjawab sendiri. Asas Akta, caruman, dan fail pekerja yang sepatutnya ada.





Untuk yang bercadang mengambil staf baru bulan ini. Cara menilai calon, surat tawaran yang lengkap, dan kontrak perkhidmatan yang boleh dipertahankan kalau dicabar.




Untuk yang sudah ada beberapa orang staf. Kiraan gaji mengikut formula Akta, polisi bertulis yang boleh dirujuk, rekod kedatangan dan fail pekerja yang kemas.






Untuk yang ada staf bermasalah tetapi tak tahu langkah pertama. Amaran bertulis, prosedur tatatertib, penilaian prestasi dan cara mengendalikan konflik sebelum ia membesar.




Untuk yang terpaksa melepaskan seseorang. Prosedur yang betul dari awal hingga akhir, supaya keputusan tuan puan boleh dipertahankan sekiranya dicabar kemudian.




Kalau setiap staf tuan puan belum ada kontrak perkhidmatan bertulis, mula di Tahap 2 — itu asas kepada semua yang lain. Kalau ada situasi yang perlu ditangani minggu ini, mula di Tahap 4.
Semua kursus dalam senarai ini ialah kursus tunggal — setiap satu dibeli dan diakses berasingan dalam akaun Sekolah Bisnes tuan puan. Harga dan senarai dikemas kini secara automatik daripada kedai. Kandungan bersifat panduan pengurusan dan bukan nasihat guaman; untuk kes tertentu, rujuk peguam atau Jabatan Tenaga Kerja.